BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

26.11.09

Salam Iduladha

kullu 'am wa antum bi khairin.


24.11.09

Buku ni pasal apa?


Sesiapa yang sentiasa teruja untuk memperbaiki dan memperbaharukan diri ke arah yang lebih baik, maka jawapannya ada pada buku ini.

al Imam Ahmad Abul Fadhal adalah seorang waliyullah, arif billah dan ahli kasyaf. Ketajaman fikiran serta kesufian hidupnya telah meletakkan beliau sebagai seorang hamba Allah yang muqarrabin (hampir dengan Allah).

Buku ini pasal apa?

Al Hikam yang berasal daripada perkataan 'hikmah' membawa maksud 'tiap-tiap kalimah yang terkandung dalamnya ilmu yang bermanfaat' atau 'material ilmu yang bermanfaat'.

259 himah-hikmah yang merangkumi kandungan kitab al Hikam membicarakan tentang pokok dan hakikat ilmu Tauhid yang menjurus kepada membimbing mereka kepada menuju Allah SWT.

Dapatkannya di HoMERACK.

23.11.09

Tafsir Quran Per-kata


Pelbagai alasan mungkin diberikan bila berasa susah untuk mempelajari bahasa Arab. Kini, usaha cendekiawan Islam dari Indonesia telah memudahkan kita untuk serba sedikit memahami isi al Quran yang dititipkan oleh Allah SWT kepada kita (manusia).


Tafsir per-kata ini bukan sahaja dilengkapi dengan maksud secara harfiyyah (setiap perkataan) tetapi disertakan sekali dengan asbabun nuzul (sebab turun ayat berkenaan).


Ayuh! jangan bazirkan duit semata-mata kekenyangan yang sementara (di dunia), laburkan duit anda untuk pelaburan hingga ke akhirat kelak.


Walaupun harganya boleh dinisbahkan untuk 'makan seminggu', tetapi kegunaannya bukan setakat seminggu tetapi hingga ke liang lahad.


Dapatkannya di HoMERACK sekarang.




22.11.09

Spa Minda Anda







Badan yang letih seharusnya diurut atau dibelai bagi memastikan tenaga pulih kembali. Namun, tidak ramai yang membelai akal dan minda dengan urutan yang sesuai bagi memastikan kecerdasan minda sentiasa berada di tahap optimum.
Ayuh! spa minda kita dengan memperbanyakkan bacaan buku yang semestinya berlainan dengan spa fizikal seperti mandi lulur, aroma terapi dan sebagainya.
Senarai buku-buku baru di rak kami seperti daripada penerbit PTS Publication dan Telaga Biru telah disusun rapi untuk tatapan anda semua. Spa minda anda di kedai buku HoMERACK.









1.11.09

Jadilah Sahabat HoMERACK!


Dengan hanya RM10 setahun, anda berhak menikmati diskaun sebanyak 10% bagi semua buku di HoMERACK sepanjang tahun! Apa tunggu lagi, segera dapatkannya..


Anda untung, kami pun tak rugi..

26.10.09

Rona-rona Cinta Damascus


Mengisahkan kehidupan pelajar Malaysia di bumi Damascus, Syria. Konflik hidup dan ujian sebagai perantau terpaksa diharungi mereka demi sebuah perjuangan. Tekanan Amerika Syarikat terhadap Syria telah mengakibatkan mereka turut sama merasai bahang kekejamannya. Novel ini juga menceritakan kisah percintaan seorang gadis yang bernama Manal Husna. Dia tidak pernah menginginkan perjalanan cinta yang tidak seindah angannya. Walaupun begitu dia tetap bersyukur kerana terlepas daripada cinta-cinta palsu dan reda dengan suratan takdir dalam hidupnya. Percintaan yang dibina atas dasar pilihan orang tua dan kasihan, semuanya ternoktah dengan seribu penyelesaian. Dugaan dan cabaran di bumi Damascus silih berganti hadir mengiringi ketentuan hidup pelajar di sana. Mampukah mereka meninggalkan bumi Syria dengan segulung ijazah. Berjayakah Manal Husna mengecapi cinta sebenar setelah meniti onak ranjau yang terpaksa ditempuhinya? Penulis akan membawa anda ke dunia seram, suspen, menyayat hati, konflik dan ketenangan.
Ikuti kisah hidupnya seterusnya..

Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul.. siapa ya?


Novel ringkas ini mengisahkan Qaniah, seorang wanita yang sangat berhati-hati dalam menetapkan pasangan hidupnya. Keimanan yang tinggi dan kepercayaan yang menyeluruh terhadap Islam membuatkan beliau menggunakan segala pendekatan yang diajar Rasulullah SAW untuk hanya menerima pasangan hidup yang benar-benar dapat mendidik beliau dan keluarga ke jalan rahmat. Berkat kesabarannya itu, beliau akhirnya berjaya menemui PEMILIK CINTANYA, setelah Allah dan Rasul.
Anda mahu mengambil inspirasi daripada novel ini? Dapatkannya segera!

25.10.09


Isi buku INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT ini merupakan panduan untuk diri sendiri (fardu ain), seisi keluarga, masyarakat dan umat sejagat (fardu kifayah). Ia merangkumi syariat ketika kelahiran, fardu ain kanak-kanak, penekanan pendidikan remaja, hukum-hakam muamalat (jual beli), munakahat (nikah kahwin dan rumah tangga) serta amalan zikir, doa dan adab. Semua ilmu bersumberkan al-Quran dan hadis sahih. Teknik penyampaian buku ini ringkas dan tepat dalam bentuk carta, jadual dan rajah.
Penulis: Dato' Ismail Kamus.

Bekalan ibadah sepanjang hidup anda, insya Allah..

21.10.09

Buku Atau Duit?




Ramai orang tidak berfikir panjang jika wang yang ada perlu digunakan untuk membeli makanan atau pakaian. Tetapi sedikit orang yang tidak berkira untuk menggunakan wangnya demi membeli buku. Itu di Malaysia, dan mungkin lain di tempat lain.


Mana lebih penting, duit untuk makanan atau untuk buku? Secara pemikiran materialistiknya, pasti untuk makanan. Makan untuk hidup, satu keperluan.


Secara pemikiran panjang dan lebih spiritualistik, jawapannya ialah buku. Buku jika dijaga, tahan begitu lama, meskipun ilmu di dalamnya mungkin hanya terhenti di dalam buku bukan di dada pemiliknya. Makanan, hanya untuk sementara. Pakaian, mungkin sudah banyak koleksinya.


Justeru, jika anda adalah mereka yang bukan dalam kategori miskin atau tidak berkemampuan, peruntukkanlah sedikit daripada wang anda untuk membeli buku. Membeli buku tidak rugi, melainkan buku yang dibeli tiada mesej buat diri.


Dengan membaca, anda mampu mengembara ke tempat lain. Dengan membaca, anda mampu memahami pemikiran dan jiwa orang lain, dengan membaca anda mampu mengenal kekuatan dan kelemahan diri. Dengan membaca juga anda akan sentiasa positif menghadapi kehidupan duniawi. Segalanya untuk bekalanmu datang dari membaca. Bacalah dengan nama Tuhanmu Yang Menciptakan.


Buku atau duit? BUKU.

Bekalan Haji


BUKU INI bukan semata-mata catatan pengembaraan insan yang menunaikan fardu haji. Buku ini juga bukan hanya merujuk kepada kisah tempat, budaya, pengangkutan, makanan, minuman dan tempat-tempat menarik dan bersejarah.
Ia adalah kisah perjalanan roh insan yang melangkaui kehidupan rutin manusia.Penulis melakarkan pelbagai persoalan asas dalam kehidupan seorang Muslim. Kepercayaan kepada penciptanya, tetapi terdesak dengan kejahilan diri yang sememangnya dimiliki oleh jutaan masyarakat Islam yang lain menyebabkan dia mencari jawapan kepada beberapa persoalan yang merunsingkan.
Buku ini membawa pembaca mengenali diri sendiri dan bersedia melakukan perubahan besar dalam hidup mereka.Buku ini sesuai dibaca oleh semua lapisan masyarakat terutama mereka yang tercari-cari buku motivasi agama dan panduan ibadah yang ditulis secara santai dan bersahaja. Bagi mereka yang bakal dan berpengalaman menunaikan fardu haji akan mendapati buku ini mempunyai nilai yang hebat. Ia mempunyai kemampuan yang luar biasa.
Dapatkannya di HoMERACK Bookstore sekarang..

13.10.09

Bacaan Islami Remaja











Anda sebagai remaja atau anda adalah abang atau kakak kepada remaja atau anda adalah ibu bapa kepada remaja? Buku-buku di atas adalah buku-buku yang santai tetapi mengandungi pengisian Islam yang baik dan mudah untuk diterima untuk umur dan pemikiran remaja. Buku terbaik terbitan Galeri Ilmu ini sesuai dijadikan sebagai hadiah atau buah tangan buat si dia bernama remaja. Dengan harga yang sangat berpatutan, dapatkannya segera daripada kami!

Dapatkannya Segera!




Membaca membuka minda kita kepada segala kemungkinan. Kita mampu mengembara ke tempat lain, kita mampu mengalami dunia yang asing, kita mampu menyelami perasaan yang dalam, dan segalanya mungkin hanya dengan MEMBACA!

Buku U-Turn Ke Jalan Lurus adalah karya terbaik untuk menggerakkan hati kita agar memperbaharui atau memulakan hijrah yang terbaik menuju Allah. Hati anda perlu rangsangan agar sedar posisi sebenar dan kedudukan kita sama ada di atas landasan benar atau salah. Berfaktakan antara buku terlaris karya Galeri Ilmu, jangan lepaskan peluang untuk anda mendapatkannya.

Buku baru terbit Untumu Wanita karya Ust. Zaharuddin Abd Rahman juga amat penting buat tatapan para muslimah yang inginkan sentuhan iman yang sebenar. Wanita solehah sukar dicari tetapi tidak mustahil untuk dicapai. Andalah muslimah solehah itu!

Soal Jawab ISu-isu Mencabar Dalam Islam, semencabar tajuknya adalah rujukan sesuai untuk anda yang prihatin dengan perkembangan semasa. Jadikannya sebagai antara rujukan anda untuk merungkai pelbagai persoalan sosial dan semasa di samping kitab-kitab muktabar yang lain.

Semuanya di HoMERACK Bookstore..

Novel Terbaik Untuk Anda





Novel-novel tersebut kesemuanya adalah antara novel terbitan berkualiti Telaga Biru Sdn. Bhd. Segera dapatkannya sebelum kehabisan di kedai kami. Isikan minda anda dengan bahan yang bermanfaat.
bacalah!

6.10.09

Baru Terbit!



Asmaul Husna, segala sifat Allah padanya. Sejauh manakah kita menerobos dalam diri menghayati kekerdilan diri dan mengkagumi kebesaran Ilahi? Buku ini sangat membantu anda menyelaminya. Zikrullah bukan sekadar disebut, tetapi dirasai..
Dapatkannya di kedai kami segera.

4.10.09

Tafsir Ibn Kathir

Jika anda biasanya hanya membaca al-Quran dan merujuk terjemahannya sahaja untuk memahami isi wahyu Allah ini, apa kata anda mara setapak lagi ke hadapan.



Dengan bermodalkan RM900 sahaja, anda mampu memiliki Tafsir al-Quran al-'Azim edaran Telaga Biru ini untuk kegunaan sepanjang kehidupan anda! Dahulu hanya terjemahan, kini tafsiran yang lebih mendalam beserta dalil-dalil ma'thur akan menambahkan lagi keilmuan dan penghayatan anda terhadap al-Quran pastinya!



Tafsir Ibn Kathir ini juga adalah antara kitab tafsir yang bebas daripada unsur-unsur Israiliyyat. Bagus digunakan sebagai rujukan dalam pengajian anda.



Jika anda mampu mendapatkannya, apa tunggu lagi! Dapatkannya di kedai kami.

Jika anda masih berkira-kira untuk membelinya, tetapi mahu memanfaatkannya, jangan ragu-ragu ke kedai kami juga untuk membacanya di sana.



Anda mahu, kami bantu.

3.10.09

Gift From Allah..



Segalanya pemberian dari Allah. Pemberian daripadaNya untuk kita usahakan. Begitulah HoME RACK Bookstore yang memulakan operasinya 5 Oktober 2009 ini. Kita tidak punya apa-apa tanpa pemberiannya. Pemberiannya juga tidak akan menghasilkan apa-apa jika kita tiada usaha.

Kepada semua, jejakilah kedai buku agama kami ini untuk memenuhi kehendak dan keperluan zat minda dan jiwa anda. Meskipun tidak semuanya ada, tetapi yang ada pasti memenuhi citajiwa dan mindamu.

Kunjungilah kami di No. 17 Jalan U1, Taman Universiti berhampiran Riamoda. Hubungi kami di talian 019-6600340.
Layarilah kami di http://www.homerack.blogspot.com

Apa yang ada di sana, buku-buku agama dan motivasi daripada pelbagai penerbit tersohor tanah air seperti PTS, Telaga Biru, Galeri Ilmu, Dewan Pustaka Fajar, Pustaka Salam, Kemilau Publika dan banyak lagi untuk semua peringkat umur. Novel remaja dan kanak-kanak juga tidak ketinggalan!

Majalah-majalah Islamik seperti Ana Muslim, Sayang Muslim, Anis, Milenia, Asuh, SOLUSI dan ada lagi serta naskhah akhbar harian anda, dapatkannya di sana. Penanda buku, serta produk MUSLIM CHOICE dan GTC turut ada..

Kami ada pelbagai rancangan menarik khas untuk anda pelanggan yang dihormati. Jangan ketinggalan untuk mengetahuinya, dengan sentiasa close contact dengan HoME RACK BOOKSTORE. Jika anda tidak mahu terlepas sebarang maklumat, tinggalkan alamat email dan no. telefon bimbit anda kepada kami. Ada faedahnya!

Sekian, jumpa lagi.

House of Mind Essence